Filem:
SHAZAM! Fury of The Gods
Rating:
4/5 Bintang
Review Youtube:

Pengarah:
David F. Sandberg
Genre:
Action & Comedy
Pelakon:
Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Rachel Zegler, Adam Brody, Ross Butler, Meagan Good, Lucy Liu, Djimon Hounsou Helen Mirren
Pengedar:
Warner Bros Pictures Malaysia
Tarikh Tayangan:
16 Mac 2023
Sinopsis:
Billy Batson dan adik beradik angkat beliau masih belajar cara menyesuaikan kehidupan remaja dengan alter ego adiwira dewasa mereka. Apabila trio tuhan purba y tiba di Bumi untuk mencari sihir yang dicuri daripada mereka sejak dahulu lagi, Shazam dan sekutu mereka terdorong ke dalam pertempuran yang bakal menentukan nasib dunia.
Ulasan:
Jikalau anda menyukai filem pertama SHAZAM pada tahun 2019, anda bakal seronok untuk menonton filem sekuel ini. Penuh dengan lawak jenaka, semangat kekeluargaan dan memberikan pelbagai pengajaran kepada penonton. Busana yang diperkenakan jugak telah mengalami penambahbaikkan daripada filem pertama, kelihatan Zachary Levi tidak lagi memerlukan ‘padding’ untuk dilihat seorang yang berbadan sasa. Kualiti CGI adalah seperti biasa filem-filem DC, tiada yang ketara.